Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya APEX


salam semua..... mesti semua dah get ready untuk raya ni. Memang tak sabar nak Raya ni. sedih la berbuka kat USM ni..makanan sama je..kalau kat rumah mesti dah jadi tempayan dah.hahaa apa-apa pun, beryukurlar kita dapat menyambut Raya dengan keadaan aman dan sentosa di Malaysia ni. ALHAMDULILLAH Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada anda semua kalau ada tersilap dan tersalah kata atau perbuatan. sesungguhnya saya ni hamba yang lemah... kepada semua tenaga pengajar yang ada di dunia ini terutamanya di USM, terima kasih kerana bertungkus lumus dalam menjalankan tugas tanpa sebarang keluhan. sesungguhnya, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa kalian semua. kepada semua warga USM, bersama-samalah kita berusaha dalam merealisasikan dan mengaplikasikan ciri-ciri APEX di universiti ini. gelaran ini bukan untuk dibangga-banggakan tetapi sebagai satu cabaran kepada kita.